Search This Blog

Saturday, 9 January 2016

Life in INTEC



Assalamualaikum and good morning guys..
Disebabkan harini tak ada kerja sangat nak buat so aku nak share sikit pasal life aku kt INTEC ni walaupun baru 5 hari kat sini.

Untuk student yang plan nak masuk INTEC, semua akan diberikan hostel. Ada 3 hostel disediakan, Cemara dan Akasia di Seksyen 18 dan Cendana di Seksyen 6. Cemara dan Cendana adalah hostel lelaki dan Akasia untuk perempuan. Dan hostelnya agak baik dari segi kemudahan sebab terletak dekat dengan bandar seksyen 18. Satu rumah ada 2 bilik, 2 orang satu bilik, ada 2 sofa dekat ruang tamu, 4 meja komputer, toilet, dan dapur. Tapi kalau nak memasak dilarang sama sekali (kecuali nasi). Barang elektrik yang boleh dibawa cuma seterika, cerek, pembakar roti dan periuk nasi. Selain dari itu kena dapat approval dari pihak pengurusan asrama (except battery charger dan laptop).

Kalau nak beriadah, sini ada court bola tampar, court badminton, dan gym. Court badminton terletak di asrama Akasia bertentangan dengan Cemara. So, kalau nak main tu ada jadual dia bila boleh masuk dan bila tidak. Sama juga dengan gym di Cemara pun ada giliran hari untuk perempuan dan lelaki. Kalau nak lebih faciliti ada di kolej INTEC sendiri, ada padang bola, padang ragbi, court futsal, gimnasium, dn padang tennis. Kalau nak berjogging sebelah hostel ada taman boleh beramah mesra dengan penduduk sini.

Life dekat sini jauh berbeza dengan life di KL dulu. Dulu kalau nak shopping kena ke bandar sebab tak semua ada di area rumah sewa dulu. Dekat sini semuanya ada depan mata. Keluar hostel nampak dah bandar seksyen 18. Semua lengkap, ada Mydin Mart, Giant, Ole-Ole Mall, bank semua jenis ada, klinik , kedai makan semualah senang cakap. Untuk student macam aku ni, lebih selesa shopping dekat Mydin sebab harga lebih murah berbanding Giant. Untuk yang ada kenderaan, sini ada tiga stesen minyak,Shell, Petronas, dengan Petron.

Kalau nak basuh baju,setiap hostel ada self-service laundry. Tapi kalau malas sangat tu dekat luar hostel ada je kedai dobi. Setakat ni yang aku perasan cuma ada dua kedai dobi, Aquanano dengan Kemuning. Dua-dua ada harga student dan boleh siap dalam masa satu hari.

Transportation pulak semua pelajar perlu menaiki bas untuk ke kolej. Bukan sebuah, tapi berbuah2. Perjalanan mula pukul 7 pagi sampai 10 pagi dan akan bersambung semula pukul 12 tengahari sampai 7 malam. Kalau nak bawa kenderaan hanya motorsikal saja dibenarkan. Kereta letak luar. Kena saman dengan MBSA padan muka (hahaha). Kecuali untuk student Cendana saja boleh bawa kenderaan sebab hostel diorang agak jauh dekat seksyen 6 sana. 

Dekat kolej pulak, ada perpustakaan yang agak besar (4 tingkat) dan sangatlah lengkap. Ada bilik muzik, computer lab, galeri seni, cafe dan juga printing service. Kalau nak pinjam buku pun tak perlu nak bersusah payah beratur dekat kaunter sebab ada mesin pinjam buku layan diri (haa macam tulah nama mesin tu kot, aku dah lupa nama mesin tu). Kelas memang banyak. Lain bangunan lain fakulti. Macam aku banyak kelas dekat Blok A yang terletak dekat hujung INTEC, penat jugalah nak berjalan dari tempat bas ke kelas sebab terletak dekat hujung sebelah sana, adoi. Dekat sini pun ada beberapa cafe untuk makan tengahari. Harga pun lebih murah berbanding makan di luar.

Boleh dikatakan life dekat INTEC ni memang baik sebab segalanya ada disini. Nak study pun senang ada banyak tempat untuk berkumpul dan jugak faciliti yang baik seperti perpustakaan yang hampir lengkap. Kalau tak belajar baik tak tahulah nak cakap apa. Semuanya sudah disediakan. Okaylah sampai sini saja cerita aku untuk harini. Harap entry kali ni dapat berikan gambaran macammana life dekat INTEC. Kalau ada masa lagi aku akan post cerita lain pulak. Assalamualaikum and have a great day.

>Hari sabtu yang membosankan sebab housemate semua dah balik<

1 comment:

  1. Harga homestay antara yang termurah di Shah Alam & Klang hanya RM180 untuk 2H1M termasuk FREE internet UNIFI 24jam sehari

    Rumah teres setingkat dan lot tepi berdekatan taman permainan kanak2 dan boleh parking kereta lebih dari 2 buah kenderaan.

    Hanya 14min ke Intec Shah Alam

    ReplyDelete