Search This Blog

Sunday 17 April 2016

Happy

Well itulah apa yang aku rasa sekarang. Seronok bila tengok kawan2 kita happy sambil memikirkan bila pula time kita nanti. Its been 3 years now being alone by myself hidup dekat KL ni. Sometimes rasa happy, sometimes rasa sedih pun ada.  Yela mana tidaknya tak sedih. Sorang2 dah kahwin, takkan tak ada rasa sedih langsungkan?????

Ada sebab kenapa jodoh kita tu lambat dari orang lain. Selalunya sebab kita tak bersedia untuk itu lagi. Mungkin tuhan suruh kita perbaiki diri dulu sehingga semuanya dah ready baru dipertemukan. Mungkin juga tuhan suruh kita habiskan masa lebih pada parent or family kita dulu. Atau mungkin juga kita perlu perbaiki diri dengan Allah dulu. Nakkan yang terbaik kenalah menjadi yang terbaik bukan sahaja dari segi penampilan dan harta benda, tapi juga dari segi attitude, dan hubungan dengan Allah.

Just remember this statement 'perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik' begitu jugak sebaliknya. So, bersabarlah untuk jadi baik. Banyak benefit dia.

Sometimes tu bila kita jadi baik dipertemukan pulak dengan orang yang  tak baik. Mungkin itu adalah ujian untuk kita. Sama ada kita dapat ubah dia atau dia yang mengubah hidup kita. Both way. At the end apa yang berlaku sekali pun akan ada sebab kenapa kita sering dipertemukan dengan orang yang salah?. Supaya kita bersedia dan lebih menghargai our real partner nanti.

Pada kawan2 aku yang sudah kahwin atau sudah jumpa orang yang boleh dibuat calon, jagalah elok2 partner korang tu. Mungkin sudah sampai masanya untuk korang bercinta danmendirikan rumah tangga. Kalau ada masalah selesaikan dengan cara baik. Biarkan hubungan tu kekal dan jangan permainkan perasaan masing2.
Assalamualaikum.

Thursday 7 April 2016

EGO

Yup, assalamualaikum readers...

Dalam hidup ni, perubahan tu adalah satu elemen penting dalam memacu diri ke depan. Kalau kita tak berubah kita tak belajar dari kesilapan. Kalau kita tak berubah kita tak akan belajar benda2 baru. Dalam mencapai suatu perubahan itu, benda yang paling penting skali untuk kita atasi ialah EGO!!.

Yes, thats the thing. Sampai bila kita nak menyembunyikan kelemahan. Jangan terlalu takut untuk nampak lemah. Tak ada maknanya kalau tak tahu orang akan gelakkan kita. Sepatutnya kita perlu ada sikap ingin tahu yang kuat. Dari situ dapat melatih diri untuk kawal perasaan ego dan marah.

Kebanyakan generasi sekarang tak berani untuk buatsomething yang baru, yang lain dari kebiasaan sebab apa?? Jawapan cliche 'nanti orang kecam kalau nampam kekok'. Kalau pergi restoran ke mana2 yang kita tak pernah pergi ada orang situ pandang pelik??? Semua akan buat hal masing2 punya. Tak payahlah takut sangat. Tak pernah, cuba. Tak berani, buat. Tak tahu, tanya. Hmmm

Another reason is generasi sekarang seperti salah erti statement 'malu bertanya sesat jalan'. Why??? Sebab belum buat lagi dah tanya. Sebab tulah kita tak pernah belajar atau mencuba something baru. Takut.
Thats the reason why ramai yang seolah2 ingin kelihatan sentiasa hebat, terbaik, gempak, swag ,hipster (kononnyalah) semata2 hanya untuk tutup kelemahan diri. Itu silap.

1st step ialah mengaku kekurangan diri. Then tawakal dan berusaha untuk atasi kelemahan yang ada. Kita mungkin boleh tipu orang tapi kita tak boleh tipu diri kita dengan Allah s.w.t. sebab kalau kita tipu diri kita, yang akan dapat masalahnya lagi adalah kita, bukan orang lain.

So, buatlah sesuatu yang diluar kebiasaan. Cari pengalaman. Keluar tengok dunia, jangan takut dan cuba jangan mengharapkan orang lain untuk diri sendiri. Dari situ kita dapat mengenali kehidupan sekeliling.

                                              >kasi campak EGO tu jauh2<

Saturday 12 March 2016

Motivation - FAILURE

SPM pengukur kejayaan???Nahhh...
Perjalanan masih jauh. Gagal SPM tak bermakna dunia dah berakhir. Masa depan kita tak tahu apa yang akan terjadi.
I've been failed a lot....
SPM - bad result
UPU - unsuccessful
Architecture - quit
Foundation - result cukup2 mkn je
Love - Break
Further study oversea - terminated
Even exam baru2 ni pon failed..haha..
But that never stopped me..
Eventhough life kita tak lurus mcm org lain but one day mesti akan ada kejayaan yg datang. U just have to never give up. Learn from mistakes you've done in the past...
A winner is just a loser who try one more time.

For those who not scored in SPM, you are the future. For those who straight A, do your best.
>Assalamualaikum<

Saturday 9 January 2016

Life in INTEC



Assalamualaikum and good morning guys..
Disebabkan harini tak ada kerja sangat nak buat so aku nak share sikit pasal life aku kt INTEC ni walaupun baru 5 hari kat sini.

Untuk student yang plan nak masuk INTEC, semua akan diberikan hostel. Ada 3 hostel disediakan, Cemara dan Akasia di Seksyen 18 dan Cendana di Seksyen 6. Cemara dan Cendana adalah hostel lelaki dan Akasia untuk perempuan. Dan hostelnya agak baik dari segi kemudahan sebab terletak dekat dengan bandar seksyen 18. Satu rumah ada 2 bilik, 2 orang satu bilik, ada 2 sofa dekat ruang tamu, 4 meja komputer, toilet, dan dapur. Tapi kalau nak memasak dilarang sama sekali (kecuali nasi). Barang elektrik yang boleh dibawa cuma seterika, cerek, pembakar roti dan periuk nasi. Selain dari itu kena dapat approval dari pihak pengurusan asrama (except battery charger dan laptop).

Kalau nak beriadah, sini ada court bola tampar, court badminton, dan gym. Court badminton terletak di asrama Akasia bertentangan dengan Cemara. So, kalau nak main tu ada jadual dia bila boleh masuk dan bila tidak. Sama juga dengan gym di Cemara pun ada giliran hari untuk perempuan dan lelaki. Kalau nak lebih faciliti ada di kolej INTEC sendiri, ada padang bola, padang ragbi, court futsal, gimnasium, dn padang tennis. Kalau nak berjogging sebelah hostel ada taman boleh beramah mesra dengan penduduk sini.

Life dekat sini jauh berbeza dengan life di KL dulu. Dulu kalau nak shopping kena ke bandar sebab tak semua ada di area rumah sewa dulu. Dekat sini semuanya ada depan mata. Keluar hostel nampak dah bandar seksyen 18. Semua lengkap, ada Mydin Mart, Giant, Ole-Ole Mall, bank semua jenis ada, klinik , kedai makan semualah senang cakap. Untuk student macam aku ni, lebih selesa shopping dekat Mydin sebab harga lebih murah berbanding Giant. Untuk yang ada kenderaan, sini ada tiga stesen minyak,Shell, Petronas, dengan Petron.

Kalau nak basuh baju,setiap hostel ada self-service laundry. Tapi kalau malas sangat tu dekat luar hostel ada je kedai dobi. Setakat ni yang aku perasan cuma ada dua kedai dobi, Aquanano dengan Kemuning. Dua-dua ada harga student dan boleh siap dalam masa satu hari.

Transportation pulak semua pelajar perlu menaiki bas untuk ke kolej. Bukan sebuah, tapi berbuah2. Perjalanan mula pukul 7 pagi sampai 10 pagi dan akan bersambung semula pukul 12 tengahari sampai 7 malam. Kalau nak bawa kenderaan hanya motorsikal saja dibenarkan. Kereta letak luar. Kena saman dengan MBSA padan muka (hahaha). Kecuali untuk student Cendana saja boleh bawa kenderaan sebab hostel diorang agak jauh dekat seksyen 6 sana. 

Dekat kolej pulak, ada perpustakaan yang agak besar (4 tingkat) dan sangatlah lengkap. Ada bilik muzik, computer lab, galeri seni, cafe dan juga printing service. Kalau nak pinjam buku pun tak perlu nak bersusah payah beratur dekat kaunter sebab ada mesin pinjam buku layan diri (haa macam tulah nama mesin tu kot, aku dah lupa nama mesin tu). Kelas memang banyak. Lain bangunan lain fakulti. Macam aku banyak kelas dekat Blok A yang terletak dekat hujung INTEC, penat jugalah nak berjalan dari tempat bas ke kelas sebab terletak dekat hujung sebelah sana, adoi. Dekat sini pun ada beberapa cafe untuk makan tengahari. Harga pun lebih murah berbanding makan di luar.

Boleh dikatakan life dekat INTEC ni memang baik sebab segalanya ada disini. Nak study pun senang ada banyak tempat untuk berkumpul dan jugak faciliti yang baik seperti perpustakaan yang hampir lengkap. Kalau tak belajar baik tak tahulah nak cakap apa. Semuanya sudah disediakan. Okaylah sampai sini saja cerita aku untuk harini. Harap entry kali ni dapat berikan gambaran macammana life dekat INTEC. Kalau ada masa lagi aku akan post cerita lain pulak. Assalamualaikum and have a great day.

>Hari sabtu yang membosankan sebab housemate semua dah balik<

Tuesday 5 January 2016

Interview ACCA



Assalamualaikum....and Happy New Year guys...
Agak berkurun jugaklah blog nie tak diupdate atas faktor belajar yang busy gila since 2015 is my last year for my diploma. Memang betul orang cakap tahun akhir akan jadi tahun paling busy dengan study, assignment dan juga final project...blurghh...Itu semua cerita tahun lepas, dah lepas dah pun.

Okay, harini aku nak beritahu yang aku telah pun berjaya untuk interview ACCA di INTEC, Shah Alam, Wuhuu!!!! Actually result interview tu dah keluar sejak 29 Disember lalu tapi sekarang baru berkesempatan nak share. Sebenarnya, ini adalah satu kejutan yang agak drastik sebab aku tak sangka yang aku berjaya lepas interview Yayasan Peneraju untuk sambung buat kertas professional ACCA.

The Prove

Interview dan test dijalankan pada 18 November lalu, seminggu selepas habisnya final exam semester 6 tahun lepas. Kenapa ada test? Yup, pada hari tersebut jugak dijalankan English Test tentang ACCA dan jugak Math Test yang simple (soalan form 4,5 ditanya balik). Itu pun aku tak dapat full mark, 81 je markah, orang sebelah dapat 92, WOW!!!. Nampak sangat dah berkarat ilmu Math.

Untuk English Test tu soalan dia tanya tentang 'How ACCA can help to improve your role as accountant?' Macam tulah soalan dia, panjang lagi huraian dia tapi dah lupa (sorry). And soalan tu adalah dalam bentuk essay, 250 words (Tak banyak pun). Bila sudah selesai dua test tu akan ada briefing tentang Yayasan Peneraju and then barulah interview dijalankan.

Pada masa tu adalah lebih kurang 100 orang yang datang untuk interview. Semua dipecahkan mengikut bilik. Ada 6 bilik disediakan dan aku dapat bilik nombor 1. Ada yang beritahu siapa yang dapat bilik nombor 1 ni kena bersaing dengan student yang tip top. And at that time, aku sangatlah nervous sebab itulah pertama kalinya aku interview secara formal. From my experience, interview dia tak macam interview langsung, lebih kurang macam berborak je. Benda yang ditanya adalah family background, apa yang korang buat masa leisure time, apa korang nak jadi lagi 5 tahun, pasal ACCA dan Yayasan Peneraju. Ada lagi soalan tapi dah lupa, hehe..

My Target
Ada yang mengatakan ACCA ni susah sangat. tapi bagi aku mana ada bidang yang senangkan? Anggap itu sebagai cabaran pada diri. Yang paling bestnya sesiapa yang ada ACCA ni dia ada kelebihan sikit berbanding student yang tak ada ACCA. Senang cakap majikan lebih pandang student yang ada ACCA dari yang tak ada. Rezeki masing-masing.

Aku harap pengalaman yang aku share ni boleh sedikit sebanyak membantu bakal-bakal next Yayasan Peneraju Scholars untuk dapatkan gambaran dan berjaya dalam interview. Sampai sini saja harini dan goodluck. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi, besok nak bertolak ke INTEC untuk pendaftaran tapi tak tidur lagi ni,aiyoyo..
>Goodnight<