Assalamualaikum....and Happy New Year guys...
Agak berkurun jugaklah blog nie tak diupdate atas faktor belajar yang busy gila since 2015 is my last year for my diploma. Memang betul orang cakap tahun akhir akan jadi tahun paling busy dengan study, assignment dan juga final project...blurghh...Itu semua cerita tahun lepas, dah lepas dah pun.
Okay, harini aku nak beritahu yang aku telah pun berjaya untuk interview ACCA di INTEC, Shah Alam, Wuhuu!!!! Actually result interview tu dah keluar sejak 29 Disember lalu tapi sekarang baru berkesempatan nak share. Sebenarnya, ini adalah satu kejutan yang agak drastik sebab aku tak sangka yang aku berjaya lepas interview Yayasan Peneraju untuk sambung buat kertas professional ACCA.
The Prove |
Interview dan test dijalankan pada 18 November lalu, seminggu selepas habisnya final exam semester 6 tahun lepas. Kenapa ada test? Yup, pada hari tersebut jugak dijalankan English Test tentang ACCA dan jugak Math Test yang simple (soalan form 4,5 ditanya balik). Itu pun aku tak dapat full mark, 81 je markah, orang sebelah dapat 92, WOW!!!. Nampak sangat dah berkarat ilmu Math.
Untuk English Test tu soalan dia tanya tentang 'How ACCA can help to improve your role as accountant?' Macam tulah soalan dia, panjang lagi huraian dia tapi dah lupa (sorry). And soalan tu adalah dalam bentuk essay, 250 words (Tak banyak pun). Bila sudah selesai dua test tu akan ada briefing tentang Yayasan Peneraju and then barulah interview dijalankan.
Pada masa tu adalah lebih kurang 100 orang yang datang untuk interview. Semua dipecahkan mengikut bilik. Ada 6 bilik disediakan dan aku dapat bilik nombor 1. Ada yang beritahu siapa yang dapat bilik nombor 1 ni kena bersaing dengan student yang tip top. And at that time, aku sangatlah nervous sebab itulah pertama kalinya aku interview secara formal. From my experience, interview dia tak macam interview langsung, lebih kurang macam berborak je. Benda yang ditanya adalah family background, apa yang korang buat masa leisure time, apa korang nak jadi lagi 5 tahun, pasal ACCA dan Yayasan Peneraju. Ada lagi soalan tapi dah lupa, hehe..
My Target |
Aku harap pengalaman yang aku share ni boleh sedikit sebanyak membantu bakal-bakal next Yayasan Peneraju Scholars untuk dapatkan gambaran dan berjaya dalam interview. Sampai sini saja harini dan goodluck. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi, besok nak bertolak ke INTEC untuk pendaftaran tapi tak tidur lagi ni,aiyoyo..
>Goodnight<
No comments:
Post a Comment