Search This Blog

Wednesday 14 January 2015

The Respawnables


Kalah dan menang itu menjadi adat dalam setiap pertandingan. Walaupun dalam permainan video. Hari ini aku nak cerita pasal satu lagi game yang menarik untuk dimainkan. Bertajuk The Respawnables merupakan game yang berkonsepkan 'third person shooter'.

Multiplayer Mode
Apa yang menariknya tentang game ini ialah bahagian multiplayer mode. Kita boleh berlawan dalam 2 kategori iaitu 'Team Vs' or ' Free-For-All'. Kalau kita bermain dalam mode ini kita boleh dapat naik level dengan lebih cepat berbanding dengan mission mode (memang lambat naik level). Terdapat puluhan senjata, gajet, bundles pakage, dan clothes disediakan tapi seperti biasa kita perlu mengumpul duit untuk membelinya. Setiap kali perlawanan habis, kita akan diberikan hadiah duit dan dengan duit itu kita boleh membeli senjata yang lebih kuat. Semakin tinggi level, semakin kuat senjata dia. Game ini juga terdapat sambungan Facebook yang membolehkan kita bermain dengan kawan2 ( lebih kurang macam sambungan counterstrike dengan call of duty).

Bahagian Pakaian Perang dan Senjata yang memang awesome. Tengah2 perang boleh pakai suit.
Pada masa yang sama jugak terdapat mission mode yang agak bosan sebab susah untuk naik level cepat. Mungkin pada peringkat level rendah tidak ada masalah untuk naik level, macam aku main mission mode sehari naik 10 tapi selepas 10 level agak lambat untuk naikkan level sebab point experience yang diberi selepas selesai mission sedikit berbanding dengan multiplayer mode.Mission yang diberi agak banyak. Setiap mission berdasarkan senjata yang kita beli. Kalau kita beli senjata Assault Rifles, mission dia semua tentang Assault Rifles dan sama juga dengan senjata lain.

Setiap bulan, pihak penerbit akan menganjurkan event yang menawarkan hadiah yang menarik. Sebagai contohnya bulan january ini, event Ninja Path.

Kalau menang event ini, hadiah dia senjata dekat tangan tu. Antara senjata terkuat.
Game ini sudah lama berada di playstore dan appstore for free. Untuk Windows Phone 8, game ini tidak disediakan. For me, aku bagi 4 bintang sebab game ini adalah game 'TPS' yang terbaik pernah aku main. Okay, sampai sini saja entry kali ini. Nak sambung main game ini balik sebab tak dapat tidur walaupun dah pukul 2 pagi.

>Level 21 and counting<