Search This Blog

Monday, 11 August 2014

Morning People



Assalamualaikum semua
Selamat Pagi hari nie 11 ogos 2014, hari Isnin.
Yeah, aku tahu ramai antara kita yang tak suka hari isnin sebab kena bangun awal bersiap untuk pergi kerja dan ke kelas dan sebagainya.
Tapi takpe untung aku hari nie kelas pukul 2 petang so takdelah rabak mata macam zombie bila ke kelas.


Dapat minum tea panas pagi2 sodap nie


Okay, pagi nie aku nak cerita pasal cara untuk menjadi 'morning people':


  1. Motivasi. Bila diri bermotivasi, kita akan lebih senang untuk bangun pagi. Fikirkan kenapa saya bangun harinie? Apa yang menyebabkan saya bangun awal pada pagi nie?Motivasikan diri untuk melakukan sesuatu atau menjadi lebih baik pada hari ini berbanding hari2 yang lepas.Kalau rajin bolehlah dengar tazkirah subuh kt surau2 atau masjid2 atau kalau dah malas nak keluar rumah tu boleh jugak dengar tazkirah atau motivasi pagi di TV atau pun di radio.Cadangan aku tengok ceramah pagi di TV1 dan tazkirah di IKIM.fm.
  2. Tidur Yang Cukup. Kalau kita  nak bangun pagi kita mestilah tidur secukupnya(6-10 jam).Tu sebab ramai yang pergi kerja atau ke kelas mata semua rabak mata macam zombie, sebab tak cukup tido. Alasan? Kalau yang lelaki tengok bola smpai ke pagi, kalau perempuan chatting dengan bf masing2 smpai ke pagi(experienced this before,tapi bila fikir balik useless jugak.Stiap hari jumpa dekat kelas)So,walau macammana pun waktu tidur is waktu tidur.Tengok bola?Nnti ada ulangan, jangan risau(macam tak kenal pulak siaran2 TV Malaysia,semua nak ulang) Chatting? Tak payahlah sampai pukul 4 pagi.Tu bukan menggembirakan hidup awak tapi menyusahkan. Tak pasal2 pagi besok kena marah dengan boss or lecturer.
  3. Set Alarm Clork. Haa....nie yang payah nie. Selalu sangat terjadi, set alarm clock pastu tak bangun. So cara dia pasang clarm clock dengan lagu yang mengejutkan or menyeramkan confirm memang confirm bangun. Pernah sekali dulu masa di rumah sewa hp aku berbunyi alarm clock lagu rancak hampir2 nak kena baling hp tu sebab dah mengejutkan satu rumah. Orang pagi happy2 aku kena marah pulak..Haha, great moment there.
  4. Bantu Diri Untuk Bangun. Yes bangun!!!Wake Up!!! Jangan jadi pemalas. Sedikit sebanyak boleh mengganggu motivasi diri pada hari itu. Cara untuk bantu diri untuk bangun? Buat semua perkara harian yang kita selalu buat pada waktu pagi seperti kemas katil, basuh muka, bagi kucing makan, siram pokok, bersenam ataupun sarapan. Bagi yang islam, jangan lupa solat subuh.
  5. Sarapan. Sarapan pastikan makan dalam kuantiti yang sederhana. Kalau makan banyak nanti boleh buat sakit perut sebab perut terkejut. Tiba2 kena sumbat makanan pagi2. Kalau kereta start terus jalan pon boleh rosak jugak enjin kereta tu. Tapi jangan sesekali skip breakfast sebab itu adalah sumber tenaga utama untuk mulakan hari. Orang cakap makan tu biar well-balance. Tapi kita orang Malaysiakan pagi2 hadap roti canai,roti bakar, nasi lemak, goreng2, kopi, teh dan macam2. Memang x balance punya. So, makan jelah selagi tidak memudaratkan diri pun dah cukup.


Okay, sampai sini dahulu pagi nie sebab aku nak bersiap untuk ke kolej untuk mengulangkaji pelajaran walaupun kelas pukul 2 petang. Misi yang penting sem nie, untuk mengekalkan pointer 4 flat.
Assalamualaikum and have a great day.



No comments:

Post a Comment