Assalamualaikum semua dan Selamat Hari Merdeka ke 57.
Pertama sekali aku nak minta maaf sebab tak dapat post entry2 baru sebab sibuk dengan dengan midterm exam. Sekarang dah selesai bolehla berehat.
Okay, sempen hari ini hari merdeka negara aku nak cerita sikit pasal generasi sekarang. Apa usaha yang boleh dilakukan oleh generasi sekarang kepada negara? Seperti yang kita lihat, semangat cinta akan negara dikalangan generasi sekarang semakin pudar. Bila tanya lirik lagu negaraku pun tak tahu apatah lagi rukun negara. Hmmmm......
Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menyemai semangat cinta akan negara. Disini aku nak kongsi 5 cara yang boleh kita lakukan pada negara.
- Tepat Pada Masa. Masa itu emas. Tapi sekarang majoritinya lupa akan masa yang berlalu. Jangan bertangguh apabila membuat kerja. Sekiranya ada komitmen dalam sesuatu, berikanlah sepenuh usaha supaya dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan.
- Nyanyikan Lagu Kebangsaan. Tujuan lagu dibuat untuk dinyanyikan. Caranya untuk menyemai semangat cinta akan negara ialah dengan menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat dan kehormatan. Apabila menyanyikan lagu kebangsaan, kita perlu berdiri dan bersemangat untuk menyanyikan lagu tersebut untuk mendidik semangat cinta akan negara dalam diri masing2.
- Belajar Bersungguh2. Belajar adalah satu2nya kerja yang perlu dibuat oleh pelajar. Generasi sekarang merupakan pemangkin atau aset kepada negara. Untuk menjadikan negara ini lebih baik, seluruh rakyat Malaysia perlu menjadi yang terbaik sekaligus dapat membantu Malaysia ke arah yang lebih baik. Oleh itu, pelajar2 sekarang perlu belajar bersungguh2 pelbagai bidang dalam meningkatkan kehidupan sendiri dan dapat membantu negara ke arah yang lebih baik.
- Sentiasa Kekal Sihat. Seorang yang sihat dapat membantu negara dalam mewujudkan rakyat yang sihat. Sebagai contoh mengamalkan makanan yang seimbang dan mengelakkan gejala2 yang tidak baik seperti merokok, menghisap dadah dan merempit tak tentu pasal.
- Melestarikan Kehidupan. Kehidupan yang lestari dapat mewujudkan persekitaran yang sihat. Sebagai contoh menjimatkan air, menanam pokok2 , membuang sampah dengan cara yang betul dan mengelakkan pembakaran terbuka yang boleh membuat persekitaran tidak sihat.
Lagu tema Merdeka tahun nie
Bob- Disini Lahirnya Sebuah Cinta
Assalamualaikum and have a great day.