Search This Blog

Tuesday, 4 November 2014

Tips For Success



Ramai yang tanya aku apa tips yang aku gunakan untuk dapatkan status pelajar terbaik. Okay hari ni aku cerita segala tips yang aku gunakan. Sebenarnya menjadi seorang yang terbaik bukanlah seorang tu mesti setiap hari menghadap buku saja (bookworm). No, bukan itu cara dia. Buat macam tu confirm tak masuk kepala. Kasi tambah rabun mata adalah bukannya bertambah elok haha...Tips aku:
  1. Masa. Benda yang paling penting sekali bila duduk di perantauan ialah mesti pandai bahagikan masa. Tak semestinya kita kena buat jadual dan kena ikut bulat2 apa yang kita buat. Maksudnya di sini masa belajar ialah masa belajar, masa main ialah masa main. Duduk kat kelas berapa jamla sangat kalau beri fokus dekat dalam kelas pun tak boleh macam mana??Bila masa rehat, kita rehat sehabis2nya. Tak kisahlah nak pergi main bola ke busking ke lepak ke. Tak ada masalah selagi mampu kawal perbezaan masa kita terhadap study dan enjoy.
  2. Niat. Niat mesti satu iaitu mesti kerana Allah. Kalau niat study sebab awek/pakwe suruh or parents suruh memang ke lautlah jawabnya. Masa depan kita bergantung kepada usaha kita sendiri. Kalau niat tak betul memang tuhan pun tak akan tolong kita. 
  3. Usaha lebih. Maksud dekat sini apa yang kita belajar dalam kelas tu cuma 30% saja. 70% lagi datang daripada usaha kita sendiri. Thats why lecturers galakkan kita buat research lebih supaya kita jadi lebih faham tentang apa yang kita pelajari. Ramai yang mengatakan satu pembaziran masa bila buat research lebih sebab tak masuk exam. Kita study sebab exam saja ke? Kita study sebab pointer saja ke? or kita study sebab kita belajar? Haaa...fikir2kan balik. Kalau study sebab pointer, exam memang tak kemanalah jawabnya. Lepas habis belajar orang tanya pasal isu semasa tak tahu nak jawab. Masa tulah nak gelabah tunduk kebawah bagai. 
  4. Tolong-menolong. Ini satu lagi cara yang boleh kita gunakan untuk jadi lebih faham. Bila kita mengajar orang lain kita secara tidak sedarnya mengulang balik apa yang telah kita belajar. Dengan cara itu, kita dapat lebih faham dan hafal serentak. Kalau kita tolong orang lain, tuhan pasti akan tunjukkan jalan. Tapi menolong orang lain pun jangan sampai dipergunakan. sometimes ada kawan yang memang sengaja ambil masa kita untuk mementingkan diri mereka. Kalau dah macam tu keadaannya advise aku just stop ajar diorang. Mereka boleh ego kenapa tidak kita?Kan?
  5. Solat. Kejayaan datang pada orang yang solat. Sebab didalam solat adanya kejayaan. Kalau kita tolong Allah, Allah akan tolong kita. Thats why solat tu penting. Kalau solat tapi tak ada usaha tak menjadi jugak. Kalau usaha tapi tak solat pun tak kemana jugak. Kalau solat dan berusaha??Haa..mantop hasilnya.
  6. Tetapkan target. Kalau kita nak menjadi yang terbaik, mesti ada target. Baru kita nampak hala tuju dan kita akan berusaha ke arah itu. Majoriti sekarang datang kolej bukan nak study tapi nak cari awek/pakwe. Tengok study teruk. Tak salah pun nak bercinta zaman life campus ni tapi mesti pandai balancekan antara study dengan enjoy. Tetapkan target. Macam aku target untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sebab tu impian aku sejak kecil lagi. Haa..tetapkan target dan usaha ke arah itu. Insyaallah berhasil.
  7. Cukup tidur. Ada yang kata makan benda tu makan benda ni berguna untuk cergaskan otak. Nasihat aku satu je, tak payah beli semua tu membazir. Tips dia cuma tidur je sekurang2nya 6 jam. Confirm bangun terus segar.Tak payah keluar duit beli segala jenis makanan yang dikatakan menguatkan otak. Tak berhasil pun (pernah try macam2 produk satu pun tak jalan). Hmm..
Itu saja 7 tips yang aku gunakan untuk be the best. Kalau ada tips2 dari student lain tu cara dia. Cara aku berbeza. Mana yang boleh guna kita guna. Mana yang tak sesuai dengan diri kita, kita develop cara kita sendiri. Okay sampai sini saja. Besok kena datang kolej untuk study for final.
Assalamualaikum.
>Mood: Demam tak tahu boleh datang kolej ke tak besok<

Saturday, 1 November 2014

Angry Birds: Transformers


Hobi bermain games dah makin menjadi2 dalam hidup aku sekarang ini. Dari Call of Duty series, Fifa 13,14 sampailah ke games telefon pun main. You name it, i played it except Dota tak tahu kenapa orang ketagih sangat main games tu (bosan). Haaa...sampai macam tu sekali pergi dia. Final exam just around the corner je ni. Hmm.... Sebenarnya aku baru je habis study, tengah bosan2 tu main game jelah aku jawabnya...hahaha(saja)

AutoBirds dengan Deceptihog
Okay, aku rasa games Angry Bird ni sudah tak asing bagi peminat games (macam aku). Salah satu series games yang paling berjaya di dunia dari Rovio Entertainment. Dari Angry Bird sampailah ke Angry Bird Star Wars dan Go. Sekarang Rovio Entertaiment sudah keluarkan siri Angry Bird yang ke 10 mereka bertajuk Angry Bird Transformers.

Angry Bird Transformers ni dia adalah gabungan Angry Bird dengan Transformers. Means ni kali pertama burung2 dalam games ni ada badan. Jalan cerita sama saja dengan Transformer berlatarkan tentang pertarungan antara Autobirds dengan Deceptihog ( Autobot dengan Decepticon versi Angry Bird). Cara bermain dia pemain harus menghapuskan pigs setiap level dalam jangka masa yang diberikan. Tak sama seperti Angry Bird biasa dimana kita boleh ambil masa untuk agak sasaran kita tapi game ni semua kena bertindak cepat. Pada masa ada beberapa halangan yang membuat burung2 ni bertukar menjadi kereta seperti Keruntuhan Easter Island Statues.

Easter Island Statues
Game Angru Bird Transformer sudah pun berada di playstore dan juga app store for free. Untuk Windows Phone 8, aku tak rasa game ni sudah ada dalam windows market. Hmm, apa2 pun untuk pengguna windows phone tunggu jelah pengumuman dari pihak Rovio.

Okay, sampai sini dulu entry kali ni. Nak sambung main game ni.
Aq bagi 4 bintang sebab watak cara permainan agak sama dengan siri2 yang sebelumnya.