Search This Blog

Sunday, 19 October 2014

Belantara Konkrit

Selamat pagi semua.
Hari ini aku nak share pasal satu lagu dari altimet bertajuk belantara konkrit.
One of my favourite song sebab dia gabungkan penggunaan bahasa yang puitis dan juga ada elemen lagu2 skrillex dalam lagu tersebut. Memang something different compare dengan lagu2 melayu lain.

Lagu ini nak ceritakan pasal situasi sebenar kehidupan di Kuala Lumpur yang bukanlah seindah seperti yang disangkakan oleh ramai pihak. Lagu ini mungkin susah nak paham tapi kena banyak kali mendengar dan fahami baru dapat apa yang altimet ini nak cuba sampaikan. Apa2 pun kita layan lagu ini.


Majlis Kecemerlangan Pelajar KPTM KL


Or should i say the dean list award..
Yeay assalamualaikum dan alhamdulillah..
Sekali lagi aku berjaya mendapat anugerah dekan untuk kali yang ketiga. Tapi kali nie lagi best sebab aku dapat dua anugerah serentak haha...Anugerah Dekan dan juga Anugerah Lembaga Pengarah. Aku sendiri pun tidak pernah menyangka yang anugerah lembaga pengarah tu berada dalam genggaman aku. Tapi takpe, at least aku dah berjaya membuat pihak kptm pandang potensi yang ada dalam diri aku.


#selfie dengan KPTM KL

Memandangkan kali nie event buat dalam KPTM je, so event dia takdalah lama sangat macam sem2 lepas yang buat di hotel2 sampai ke petang tunggu baru nak mula event. Kali ni tak, semua dilakukan cepat atas sebab2 tertentu. Sebenarnya nak elak hujan waktu petang, that's why kena buat awal hahaha..

Sebenarnya untuk kelas aku sahaja ada 15 orang yang mendapat anugarah dekan tapi yang datang cuma 7.Sorang tu malas nk datang, sorang tak bangun tido, sorang balik kampung, sorang awek dia datang dari Perak dan macam2 halla...Blurgh!!! Aku je takda hal hahaha..

Okay, anugerah lembaga pengarah boleh dikatakan sebagai new experience for me sebab tak pernah pun selama nie berangan nak dapatkan anugerah kedua tertinggi tu. Sekarang semuanya terbukti dengan titik peluh usaha selama ini, segala angan2 boleh jadi suatu kejayaan. Apa2 pun this is for you, mom and dad. I'm make you proud and i never going to step backward again.

Jom kita layan gambar2 sepanjang event nie berlangsung...


Anugerah Lembaga Pengarah


Koleksi plak(eh, betul ke aku eja?) untuk kelas aku


No comment( entah tak ingat kenapa ternganga mulut tu)


With my classmate
From left- misha, me, sue, ashraf, farah, mus, and ifa


Candid time....


#wefie with KPTM


Bodyguard diala kononnya, hahaha..


Selfie time from ashraf..


Me and Ifa


Barisan perempuan aa102 sem 4


Masa tunggu time makan
Blum makan lagi dah bersepah dh meja..


Tu saja yang aku nak share dalam entry kali nie. Badan dah agak penat sebab attend event hari ini. Never give up, never surrender to achieve success in the future. Assalamualaikum