Assalamualaikum semua. Rasanya agak lama jugak aku tak post entry baru.
Biasalah a bit busy here and there.
Hari ini ada masa sikit untuk post entry baru.
Kali ini aku nak cerita pasal kehidupan remaja sekarang yang dilihat semakin lama semakin teruk terutama sekali di sekitar Kuala Lumpur.
Bila kita bercakap pasal berseronok ini, memang tidak salah pun untuk kita berseronok. Memang digalakkan kehidupan remaja ini berseronok sepuas-puasnya sebab bila sudah berkahwin atau sudah berkeluarga nanti, peluang untuk berseronok dengan kawan2 terhad sebab beri fokus pada keluarga. Tapi kalau berseronok tu sudah melebih2, itu bukan berseronok lagi tapi lupa diri. Sebagai muslim, kita mesti imbangkan antara dunia dengan akhirat. Tak salah untuk berseronok, tapi tanggungjawab mesti diutamakan. Jangan terlalu terikut2 dengan kehidupan barat. Itu cara hidup mereka.
Sebenarnya, aku sedih bila tengok kawan2 aku berseronok seperti dia tak ada tuhan dalam hidup. Sampai ada yang minum arak, kaki perempuan sebagainya. Ada jugak yang terlalu memberikan fokus kepada sesuatu sampai lupa untuk tunaikan tanggungjawab dia. Bila ditegur dikatakan menyibuk silap2 boleh bawa gaduh. Bila tak ditegur makin menjadi2 pulak perangai tu. Hmm.......setakat ini aku cuma mampu berdoa saja sebab sudah banyak kali dah tegur tapi tetap tak jalan jugak.
Okay, aku nak share satu video yang bertajuk Is Life Just For Fun? Aku berharap video ini dapat sedikit sebanyak menyedarkan kita tentang kehidupan kita sekarang. Adakah kehidupan kita sudah cukup baik?
Semoga semua termasuk diri ini yang menonton video ini dapat menjadikannya satu pengajaran untuk berubah ke arah yang lebih baik,Amin.